JellyPages.com

Thursday, 15 May 2014

universiti pertahanan nasional malaysia (UPNM)

assalamualaikum.....

based on tajuk diatas harini aku nak cerita sikit pasal temuduga nak masuk ke UPNM ni. sebelum tu apa yg hampa tau pasal UPNM ni? u tentera? pelajar disitu pelajar paling kaya? hahahaha. sapa yang minat tentera polis bagai ni depa tau la apa yang ada dekat UPNM. aku mang minat gila tapi sayang takdak rezeki. terima saja la walaupun sedih kan.
haritu aku temuduga dekat kem tentera sungai petani nuh pada tarikh 16/4/14 kalau tak silap aku. temuduga paling lama kalau hampa nak tau temuduga UPNM la selama dua minggu. tapi takdala semua kena stay situ selama dua minggu. mula mula sampai hari first tu hampa kena cek mata , tinggi , berat , laporan xray and tekanan darah. kalau hampa lepas yang tu hampa akan stay situ lagi dua hari.
esoknya hampa ada urine test and blood test. blood test tu depa cucuk amik darah hampa la. okay teringat member aku sorang time dekat kem sungai petani tu dia laki la muka jambu hensem habis staff amik darah dia dekat jari je pun sampai dia pengsan ahahaha maybe dia gemuruh kot siann dia. hilang teros macho dia kehkehkeh.
petang tu ada mental test. selama 25minit depa akan uji tahap kekuatan mental hampa dengan cara lari , lompat bintang , push up , sit up and sambil bertinggung lompat bintang. takdak depa nak bagi rehat na depa buat semua tu tanpa henti selama 25minit. seksa tak seksa hampa pi nanti hampa rasa sendiri. aku memang lembik terus time kena tu haha yala mana tak lembik dah la lama tak lari badan berat gila dengan fitness entah kemana haha lembik cik ui. member aku boleh dok gelak kat aku bengong toi hahaha. memang peha aku cekang teros sakit gila time nak turun tangga paling seksa dah la bilik aku dok tingkat tiga.
esok tu medical check up yang paling mendalam. memang hari untuk hampa buat free show hahaha. depa buat macam time medical check up tentera and polis betul la laki tinggal underwear saja and perempuan tinggal bra and underwear saja. tapi takpa jangan risau depa akan tanya sama ada hampa rela ka dak kena macam tu. kalau hampa tak rela depa akan bagi borang dan hampa isi then boleh balik rumah. tapi aku berani kata la kalau minat punya pasal hampa sanggup punya kena bogel pun. time medical check up tu depa akan cek  dari atas sampai bawah. aku terkandas time medical check up ni la. tulang belakang aku bengkok (scoliosis) memang sedih r tamat sudah riwayat aku dekat UPNM ni. sapa yang lepas medical check up depa bawak pi kem terendak melaka fight dekat sana pulak 1 malaysia yang mana tak lepas depa hantaq balik rumah. laki la nak banyak saingan sebab budak budak sekolah tentera pun ada nak menempatkan diri sebagai pegawai kadet memang agak mencabar la. 
dekat sana pulak hampa ada test lari 3.2km untuk perempuan dalam masa 20minit untuk lelaki dalam masa 18minit kalau tak silap aku lah. yang ni kalau failed tamat jugak lah riwayat hampa ibarat game over la tapi hampa boleh restart balik game dekat sana then fight untuk public speaking. kadang kadang public speaking depa tukar dengan english debate. make sure english hampa kelia noh. mau tak bapa teror sangat english hampa speaking ja broken english pun haha. then temuduga bersama datuk datuk pangkat tinggi punya la. kalau dia guna english hampa pun kena speaking la tapi kalau dia guna melayu cakap ja melayu. tapi aku nak pesan la nah for girl yg mana berminat nak ke UPNM make sure hampa tinggi lampai badan tough la maksud aku badan tu sedap sedap la jangan kering mau kering payah la hampa nak dapat pegawai kadet. dapat palapes pon okay tapi hampa tak sekaya pegawai kadet la. pegawai kadet dapat elaun bagai baju semua ditanggung atm tak payah dok semak kepala pikiaq pasai duit dah. sapa yang dapat pegawai kadet hampa akan buat asasi setahun then sambung degree empat tahun keluaq teros jadi pegawai tentera pakat tinggi tu oi. sapa tak mau memang bodoh la hahaha. yg dapat palapes pulak keluar hampa kena cari kerja sendiri tapi sapa yg palapes terbaik akan diserap jadi pegawai kadet tapi yg betol betol terbaik saja la. 
sapa yg berminat time isi upu nanti letak UPNM sebagai pilihan pertama. dekat UPNM ada tiga asasi first perubatan , second kejuruteraan and third pengurusan dan strategi. yang first dengan second tu mau dapat result 6A ke atas layak la mau yang dapat 4A 5A ja better mintak pengurusan dan strategi la. habis rendah result 4A saja na dan jangan ada failed. tapak kaki flat , buasir , masalah pendengaran , mata rabun and masalah kesihatan yg serius better tak payah mintak sebab hampa hanya akan kecewa ja. serius ah aku tak tipu hampa nehhh. dekat UPNM nanti hidup memang macam tentera betul tak bebas macam pelajar u lain. hampa akan ada latihan tentera tiap kali cuti memang jarang la hampa boleh balik rumah. mau nak boleh balik pun time cuti raya ja la. cuti rya paling lama pun seminggu ka dua minggu tah. itu ja la yg aku mampu nak kongsi pun. kalau ada nak tanya apa apa boleh tanya aku kay? bubye ;)











No comments:

Post a Comment